Kelmarin gua lepak satu gerai ni dengan member gua dan sebelah gerai ni ada tiang pencawang letrik yang bapak besar dengan kabel sebesar bicep malik noor dan sambil menunggu makanan yang kami order sampai, kami pon berboraklah tentang pelbagai perkara sehinggalah entah macam mana terkeluar persoalan ni.Gua pon garu kepala gak fikir "ya tak ya gak...cemano burung sodap2 jooo lepak atas wayar tuh" tanpa sebarang masalah.
Setelah gua google,apa yang gua dapat tahu dan paham, elektrik ni memerlukan satu litar yang lengkap untuk mengalir.Contohnya seperti rajah #1 ,untuk menyalakan mentol,arus perlu mengalir dalam satu litar yang lengkap iaitu bermula generator ke TNB melalui kabel pergi (warna merah) mentol dan kembali melalui kabel balik (warna hitam) semula generator TNB.
#1
Oleh itu apabila burung bertenggek dengan chillnya diatas wayar itu,burung tersebut hanyalah berada diatas satu laluan v1=v2 (rujuk rajah #2) maka arus eletrik tidak mengalir melalui burung tersebut.maka tiada renjatan eletrik.
#2
Renjatan elektrik hanya akan berlaku jika burung tersebut memijak sebelah kakinya dikabel pergi dan sebelah lagi ke kabel balik tetapi ini agak mustahil berlaku kerana burung kebanyakan kecik kecik aja dan mereka sudah tentu lebih selesa duduk bertenggek diatas satu wayar dari mengangkan dengan rupa yang buruk benar seperti gambar #3 dibawah.Kalau burung unta boleh terbang bertenggek diatas kabel eletrik gua tak pasti pulak kesudahannya.
#3
Renjatan juga boleh berlaku jika sebelah kaki burung memijak kabel manakala sebelah lagi kakinya memijak tanah yang akan turut melengkapkan perjalanan arus eletrik tersebut seperti gambar #4 dibawah tetapi buat masa sekarang belum ditemui spesies berkaki sedemikian.
#4
Nota Kaki : Setelah melihat penulisan ,penerangan serta gambar rajah untuk posting pertama ni,gua rasa korang semua patut dah paham kenapa blog ini dinamakan blogcincai.





kenapa bila dia angkat kaki baru dia kena renjatan elektrik?
ReplyDeleteFizik
DeleteFizik
Deletekenapa bila dia angkat kaki baru dia kena renjatan elektrik?
ReplyDeletekaki dier tuh kat ground la... jadi dier jadi earthing la
ReplyDeleteSgt membantu di saat genting๐ญ๐๐
ReplyDelete๐
ReplyDeleteTerima kasih, bantu saya jawab soalan anak
ReplyDeleteTq sangat membantu..
ReplyDelete